Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Belanjawan atau bajet
keluarga perlu dijaga agar tidak berhutang berbaris pula di kemudian hari. Di antara kacau-bilau rumahtangga adalah faktor kewangan. Salah seorang kaki 'membeli-belah', tidak kira si laki atau si perempuan, maka kemungkinan hancurlah 'masjid' yang dibina indah itu. Barangan berjenama walaupun tanpa jenama hanyalah sekitar RM5 tetapi tambahan harga, dengan nilai lebih contohnya x7 iaitu RM35 payung kanak-kanak jenama 'Disneyland'.
Banyak juga perbezaan harga di antara yang dipamerkan di kawasan kaunter atau tempatnya, dengan bila hendak dibayar terutama sekali dan paling 'mencelakakan' poket keluarga iaitu yang melibatkan permainan dan barangan kanak-kanak atau bayi. Di sinilah pembeli mudah ditipu kerana kasihnya kepada bayi dan anak-anak. Ini diamalkan secara 'berstrategi' terutama di pasaraya besar lagi terkenal kadangkalanya.
Contohnya dihilangkan angka 1 maka yang nampak hanyalah 50, bila di kaunter pembayaran kena
bayar RM150, bukan RM50, tetapi si bapa yang sayangkan anaknya teruskan pembeliannya kerana dia tidak sampai hati menghampakan anaknya. Yang lain, seperti mencampuradukkan barangan yang mahal dengan yang murah di kawasan 'barangan permainan kanak-kanak', maka harganya mungkin berganda bahkan hingga mencecah
2 atau 3 kali ganda dari apa yang 'diharapkan'.
Ada juga usahawan yang menggadai maruah dan 'membuka kaki' isteri muda dan anak perempuan sendiri untuk mendapatkan 'kontrak' berduit yang banyak. Ada yang menandatangani 'kontrak' hingga atas katil kerana tidak tahan dengan 'kerani' syarikat yang satu lagi, yang cantik tambah jelita. Ada yang jumpa 'tuan haji kejap' atas alasan ingin berurusniaga hingga 'tuan haji itu' sebenarnya adalah perempuan jelita di bilik hotel tertentu. Semuanya dengan lakonan agama yang ditopengkan atau di'ketayap'kan agar orang lain tidak menyangka alasan berjumpa 'tuan haji' itu adalah siapa sebenarnya yang siap di atas katil tertentu. Ini bukan peristiwa di dunia barat, tetapi peristiwa ini yang telah berlaku di Malaysia walaupun segelintir atau peratusannya masih menjadi tandatanya. Semuanya berdasrkan pengakuan anak buah mereka sendiri di paparan akhbar dan majalah serta cerita orang yang berpengalaman.
Jika antara
taktik Rothschilds, 'belilah tanah ketika masa perang', maka membuat dosa maksiat ketika berurusniaga adalah 'kecelakaan' yang mengundang bala. Pemantauan pihak yang berkenaan perlulah daripada akar umbi, kerana rasuah 'buka kaki' jarang diketengahkan melainkan di Singapura sebagai contoh negara jiran terdekat. Walaupun ada hasutan peperangan yang menggalakkan pembelian senjata yang sebegitu mahal, yang jangka hayat tidak seberapa itu, sebagaimana Mesir yang kaya telah hancur disebabkan pihak 'junta' atau kalangan mereka yang menjual harta negara untuk keuntungan segera yang menidakkan 'hak rakyat'. Matawang Mesir jatuh teruk selepas perjanjian damai 1979 sehingga 1 poundnya yang bernilai USD4, bertukar sama nilai atau hampir dengan nilai (Saudi) Riyal.
Tidakkah 'ketamakan' juga menghancurkan keluarga, dan juga negara jika rakyat masih memilih mereka yang memberi ratusan untuk golongan tertentu tetapi jutaan bahkan ratusan juta untuk 'kroninya' dan 'duit poket belakang kira'. Semakin banyak malahan billion nilainya jika keadaan menjadi semakin tidak terkawal walau ada ucapan 'pemimpin' yang mahukan ketelusan. Cakap lain, tetapi buat lain, itulah yang sebenarnya yang merosakkan negara secara sedar mahu pun ramai penyokong kuat tidak mengendahkannya dengan alasan 'pemimpin tertentu layak songlap' sebanyak mana asalkan dia dan pihak tertentu dapat makan sudahlah, atau dia, pemimpin itu berjasa dan bahkan ber'jasa besar' di dalam dan di luar negara.
Kebesaran amalan syaitan seperti judi dan minum arak dibanggakan dengan alasan penguasaan ekonomi dunia atau menjadi tempat pelancaran di kawasan serantau dan 'dunia muslim' beserta juga 'bukannya'.
Dan sampai bilakah kejadian atau keadaan ini dibiarkan secara hasilnya tanpa tindakan pencegahan?
Islam dalam keadaan dagang, dan kembali dagang. Bilakah Islam muncul sebagaimana yang digembar-gemburkan penyelamat dunia yang fana' ini? Orang Islam sendiri ada yang menentang Islam, bahkan selesa dengan 'maksiat' yang semua orang nampak jelasnya lagi terbuka.
paten .. ....... . . ...